Profil

SEJARAH KG DURIAN MENTANGAU
Kampung Durian Mentangau terletak berhampiran dengan Sungai Paka,Mukim Rasau,Wilayah KETENGAH Daerah Dungun. Jaraknya 18 km dengan Bandar Dungun manakala 16 km Dari Pekan Paka.
Pada tahun 1948, kampung ini merupakan tempat persembunyian Gerila Komunis Malaya  ( Bintang Tiga ). Kerajaan tempat isytihar darurat dan semua penduduk waktu itu semuanya masyarakat cina  dan diarah berpindah di kawasan penempatan Kampung Baru Batu Lima,Mukim Sura,Dungun. Beberapa orang yang bersubahat dengan Pergerakan Komunis telah di hantar ke negara asal dan ada juga yang tidak dapat dikesan.
Pada tahun 1959, pihak pengurus ladang getah dan pembalakan telah mendapat kebenaran untuk mengurus dan menyediakan kawasan penempatan untuk kediaman pekerja-pekerja di kawasan milik persendirian seluas 14 hektar. Kawasan ini dipagari  kawat duri dan dikawal oleh pasukan keselamatan (Kawasan berkurung) dari jam 6 petang hingga ke 6 pagi. Dikenali dengan nama Kawasan Rasau dan menggunakan sungai sebagai jalan hubungan.

Kawasan perkampungan ini semakin berkembang  dengan pelbagai rancangan pembangunan terutama dari segi  kemudahan asas dan pendidikan oleh pihak kerajaan sehinggalah tertubuhnya kawasan penempatan ynag baru.
Manakala nama kawasan ditukar dengan nama Kampung Durian Mentangau.Asal nama ini adalah bersempena dengan terjumpanya dua batang pokok berlainan jenis, iaitu pokok durian dan pokok mentangau yang dijadikan tiang bendera sebagai tanda kawasan perkampungan baru. Akhirnya, kekal sebagai nama Kampung Durian Mentangau.
 



SEJARAH SEKOLAH
Pada tahun 1961,Kampung Durian Mentangau telah menubuhkan JKKK yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Salleh b Ahmad yang juga merangkap sebagai Ketua Kampung. Beliau berasal dari Besut,Terengganu. Beliau bertugas sebagai guru Kelas Dewasa (KEMAS). Beliau dan rakan-rakannya telah bersepakat merancang untuk membangunkan pendidikan di kampung tersebut.
Tanggal 1 Mac 1963 tertubuhlah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Rakyat dan mempunyai seorang tenaga pengajar dengan murid seramai 20 orang (16 orang murid Melayu dan 4 orang murid Cina ).Tenaga pengajar di ketika itu ialah Tuan Hj Salleh bin Ahmad . Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah Durian Mentangau.

Read more...

MBMMBI

Utama

Kenyataan Media

  © Designed by Laila Mohamad 2010

Kembali Ke ATAS